welcome Selamat Datang ke Seeneez

Kumpulan Seenez ialah penyedia perkhidmatan katering Haji dan Umrah yang paling dipercayai di Negara Arab Saudi. Pengalaman kami di dalam perniagaan restoran dan katering di Mekah dan Madinah, dan di semua lokasi utama yang berkaitan dengan ziarah Haji membolehkan kami untuk memberikan layanan katering yang tepat pada masanya dan lazat. Dengan Katering Seeneez, anda memperolehi satu pasukan yang mengiktiraf kepentingan sumber berkualiti di dalam penganjuran majlis-majlis istimewa. Kami mengambil kira keadaan fizikal dan kesihatan anda dan menyesuaikan hidangan mengikut keperluan khusus anda. Dengan pasukan dedikasi kami yang terdiri daripada chef berpengalaman dan pekerja terlatih, berserta kemudahan pembungkusan dan pengangkutan yang mewah, kami telah menjadi jenama pilihan ramai di dalam perkhidmatan makanan semasa musim Haji dan Umrah.

Haji dan Umrah

Haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim, yang mampu dari segi kewangan dan fizikal, harus mengerjakan Haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Sekitar 2 juta jemaah mengunjungi Mekah setiap tahun bagi mengerjakan Haji, dan perhimpunan pada waktu ini dianggap sebagai perhimpunan tahunan manusia terbesar di dunia.

Umrah dianggap sebagai Haji mini, dimana ia merupakan ziarah tidak wajib ke Mekah pada bila-bila masa sepanjang tahun, yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walaupun Umrah bukanlah perkara wajib, ia sangat digalakkan dalam Islam.